WELCOME TO USAHA MANDIRI 87 SINGKAWANG

Thursday 6 November 2014

10 Pertanda Dia Jodoh Kita

Berikut ini adalah 10 pertanda yang menunjukkan kalau dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Apakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelit. Kalau ia nampak kurang selera dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesankan apa yang dia sedang lakukan. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersamanya :

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak sekira nya siang atau pun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Menerima Kita Apa Adanya :

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya, sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga bersedia berbagi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Senantiasa Jujur :

Dia tidak mengungkit-ungkit apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hukum agama. Sikap jujur yang dipamerkan nya menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakukan. Kita dapat menghendaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertahta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak dari apa yang berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Saling Percaya dan Mempercayai :

Setiap orang mempunyai rahasia tersendiri. Adakalanya rahasia ini perlu dibagi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahasia dan ingin memberitahu kekasih, akan kah rahasia kita selamat di tangannya…??? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya dan mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka merasa selamat apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada kekasihnya dibanding rekan-rekan yang lain. Satu lagi, kita tidak merahasia kan apa pun kepadanya dan pasti rahasia kita akan selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama :

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta kita berjaya dan kekal dalam jangka waktu yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu masalah bersama-sama, baik itu masalah kecil atau pun masalah besar. Segala kerja yang dilakukan perlu keikhlasan bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Masalah paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa akan datang. Jika tidak ada kerjasama, sulit bagi kita untuk hidup bersamanya. Ini karena, kita yang memikul beban dan tanggung jawab. Bukankah ini menyusahkan…???

7. Memahami Diri Kita :

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Bila kita sakit dia membawa kita ke dokter. Bila kita berduka, dia akan menjadi penghibur buat kita. Apabila kita mengalami kesusahan, dia akan membantu kita. Di saat kita sedang berbicara, dia akan mendengarkan kita. Dia selalu bersama kita dalam situasi apa pun. Tidak sekira nya kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "Bagai lidah sendiri tergigit", inikah suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai buat pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan :

Tidak ada siapa pun yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna dari pada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya dan dia bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak akan segan memamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur atau pun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita untuk  bertemu. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati :

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah indera keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan kontak batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca pikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Apakah dia ditakdirkan untuk kita…??? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segalanya pada yang maha kuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal :

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya peran di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


No comments:

Post a Comment